Am 08/10/2026 11:25 AM

Kumpulan AmBank Memperkenalkan Semula Cawangan Mercu Utama Kelawei Di Pulau Pinang Dengan Wajah Baharu, Perkukuh Komitmen Terhadap Perbankan Golongan Berkemampuan Tinggi Dan Pengurusan Kekayaan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kumpulan AmBank Memperkenalkan Semula Cawangan Mercu Utama Kelawei Di Pulau Pinang Dengan Wajah Baharu, Perkukuh Komitmen Terhadap Perbankan Golongan Berkemampuan Tinggi Dan Pengurusan Kekayaan
Dari kiri: Velin Foo Bee Ling, Pengurus Cawangan AmBank Jalan Kelawei; Jamie Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank; U Chen Hock, Pengerusi AmBank (M) Berhad; Cheong Chee Wai, Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank; Goh Wee Peng, Pengarah Urusan Pengurusan Kekayaan Kumpulan AmBank.

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan AmBank telah melakar satu pencapaian penting dalam perjalanan pengurusan kekayaannya menerusi pelancaran gilang-gemilang cawangan mercu utama Kelawei. Terletak di Jalan Kelawei yang berprestij di tengah-tengah George Town, cawangan ini mencerminkan usaha berterusan Kumpulan untuk memperkukuh keupayaan dan tawaran perkhidmatan bagi memenuhi keperluan segmen golongan berkemampuan tinggi di Malaysia yang semakin berkembang.

Seiring dengan peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia, keperluan kewangan mereka juga menjadi semakin sofistikated, sekali gus mewujudkan permintaan yang lebih tinggi terhadap nasihat yang diperibadikan, hubungan yang berasaskan kepercayaan, serta penyelesaian pengurusan kekayaan yang menyeluruh. Cawangan utama Kelawei ini menggabungkan perkhidmatan AmBank SIGNATURE Priority Banking (AmSPB) dan AmPrivate Banking di sebuah lokasi istimewa yang direka khusus untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah ini.