Am 07/10/2026 09:30 PM

Niaga Hadapen Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Di COMEX

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapen Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Di COMEX

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari ini, menjejaki kerugian di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Pada penutup, kontrak Oktober 2026 jatuh kepada US$4,131.10 setiap auns troy daripada US$4,167.50 semalam, manakala November 2026 merosot kepada US$4,147.40 setiap auns troy daripada US$4,183.80.

Disember 2026 turun kepada US$4,164.30 setiap auns troy daripada US$4,200.70 pada Selasa, manakala Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 merosot kepada US$4,164.30 daripada US$4,200.70 sebelumnya.

Jumlah dagangan jatuh kepada 97 lot berbanding 133 lot yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 162 kontrak daripada 196 sebelumnya.

Berdasarkan penetapan tengah hari 6 Okt, London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,156.40 setiap auns troy.

-- BERNAMA