Dunia 07/10/2026 02:36 PM

Shell Pindahkan Kakitangan Dari Enam Pelantar Minyak Di Teluk Mexico Susulan Lekukan Tropika

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Shell Pindahkan Kakitangan Dari Enam Pelantar Minyak Di Teluk Mexico Susulan Lekukan Tropika
(NOAA via AP)

WASHINGTON, 7 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Gergasi minyak dan gas Shell memindahkan kakitangan yang tidak penting dari enam pelantar minyak di Teluk Mexico susulan Lekukan Tropika Invest 92L, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Shell sedang memantau Invest 92L secara aktif. Sebagai langkah berjaga-jaga di aset kami iaitu Stones, Mars, Olympus, Ursa, Vito dan Appomattox, kami sedang memindahkan kakitangan yang tidak penting," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Shell menegaskan bahawa setakat ini tiada kesan lain terhadap operasinya di Teluk Mexico.

"Kami akan terus memantau laporan cuaca dan mengambil tindakan sewajarnya. Seperti biasa, keutamaan utama Shell ialah keselamatan kakitangan kami, alam sekitar dan aset kami," menurut kenyataan itu.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), siklon yang sedang terbentuk di Teluk Mexico berpotensi menguat menjadi Hurikan Isaias dan membawa angin kencang serta hujan lebat ke kawasan pantai dari Louisiana hingga Florida menjelang akhir minggu ini.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI