Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu, dengan mata wang tempatan masih diniagakan dalam jajaran kecil didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada pasaran global.
Pada 8 pagi, ringgit menurun kepada 4.0840/0885 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0880 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan sebanyak 0.33 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 101.833 mata, selain harga minyak mentah Brent yang berada pada kira-kira US$100 setong, memberikan sokongan kepada ringgit.
Beliau berkata ekuiti global juga positif dengan optimisme terhadap pendapatan korporat, mencerminkan sentimen yang lebih baik dalam pasaran kewangan.
“Sehubungan itu, kesediaan untuk mengambil risiko dalam kalangan peniaga memberi sokongan kepada ringgit hari ini,” katanya kepada Bernama.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.
Mata wang tempatan menurun berbanding pound kepada 5.4174/4234 daripada 5.4066/4125 semasa ditutup pada Selasa dan menyusut berbanding euro kepada 4.5949/6000 daripada 4.5907/5957 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5794/5824 daripada 2.5807/5837.
Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang serantau.
Ringgit menurun berbanding baht Thailand kepada 12.1439/1627 daripada 12.1424/1609 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1956/1994 daripada 3.1935/1975 semasa ditutup pada Selasa.
Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.50/6.51 dan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 228.1/228.5.
-- BERNAMA