Am 06/10/2026 06:57 PM

Ryt Bank Perkenal Sokongan Apple Pay Bagi Kad Ryt

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Ryt Bank Perkenal Sokongan Apple Pay Bagi Kad Ryt
Ryt Bank

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ryt Bank kini menyokong Apple Pay, membolehkan pengguna menambah kad debit Ryt Bank Visa Debit Card (atau Kad Ryt) ke Apple Wallet dan menggunakannya untuk membuat pembayaran di kedai, dalam talian dan melalui aplikasi.

Bank digital itu memaklumkan pelancaran berkenaan menjadikannya bank digital pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan Apple Pay dan Google Pay, selepas memperkenalkan sokongan Google Pay pada Januari tahun ini.

“Setiap pembelian melalui Apple Pay disahkan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan peranti, manakala nombor akaun peranti yang unik dan kod keselamatan khusus untuk setiap transaksi membantu melindungi maklumat pembayaran,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Bagi menambah Kad Ryt ke dalam Apple Wallet, pelanggan boleh membuka aplikasi Wallet pada peranti Apple mereka yang serasi, menekan butang “+” dan ikuti arahan yang diberikan.

-- BERNAMA