Dunia 04/10/2026 08:57 PM

Perlumbaan F1 Di Sepang Ditangguh Akibat Hujan Lebat

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Perlumbaan F1 Di Sepang Ditangguh Akibat Hujan Lebat
Pemandu Oracle Red Bull Racing, Max Verstappen ketika beraksi pada perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.

BERLIN, 4 Okt (Bernama-dpa) -- Grand Prix Bahrain yang dipindahkan ke Malaysia susulan konflik di Asia Barat ditangguhkan akibat hujan lebat di Sepang pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pelumba Red Bull Max Verstappen meraih petak pertama buat kali pertama musim ini, namun waktu permulaan perlumbaan yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan ke waktu yang belum ditentukan akibat hujan lebat.

Keadaan itu berkemungkinan menyaksikan perlumbaan berlangsung dalam situasi tidak menentu sebaik sahaja steward memutuskan keadaan cukup selamat untuk perlumbaan dimulakan.

Grand Prix yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Bahrain ditangguhkan pada April susulan perang Iran dan dipindahkan ke Malaysia pada Oktober ketika ketegangan berterusan di Asia Barat.

-- BERNAMA-dpa