Am 02/10/2026 09:10 PM

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Azizulhasni Sumbang Emas Kelapan Negara

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Azizulhasni Sumbang Emas Kelapan Negara
Kredit: FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang atas kejayaan menghadiahkan pingat emas kelapan Malaysia menerusi acara keirin lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata kejayaan itu membanggakan selepas pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 38 tahun itu meraih pingat gangsa pada acara pecut individu semalam. 

Beliau berkata Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman kembali ke trek hari ini dan membuktikan sekali lagi jiwa seorang juara dengan pecutan luar biasa pada saat-saat akhir untuk membawa Jalur Gemilang ke puncak podium. 

"Inilah Datuk Azizulhasni yang kita kenal. Tenang, berdisiplin dan tidak pernah berhenti berjuang sehingga ke garisan penamat. 

"Tahniah Jijoe. Terima kasih kerana terus memberikan kebanggaan kepada Malaysia. You are truly a legend (Anda sememangnya legenda)," menurut hantaran itu. 

-- BERNAMA