GUANGZHOU, 2 Okt (Bernama-CMG) -- Kapal persiaran buatan China, Adora Flora City menerima kumpulan pertama hampir 600 anak kapal pada Khamis, menandakan kapal berkenaan kini memasuki fasa akhir persiapan bagi pelayaran sulungnya.
Adora Flora City ialah kapal persiaran bersaiz besar kedua yang dibangunkan oleh China. Kapal berkenaan dijadual diserahkan pada 6 Nov ini sebelum memulakan pelayaran komersial sulungnya pada 22 Nov 2026.
Menurut pihak pengendali, Adora Flora City akan mempunyai kira-kira 1,300 anak kapal. Kumpulan pertama seramai 600 orang itu berasal dari lebih 20 negara dan mempunyai pengalaman luas berkhidmat di kapal persiaran antarabangsa.
Semua anak kapal akan mengikuti latihan khas merangkumi piawaian perkhidmatan, peraturan maritim, pengetahuan keselamatan dan produk kapal baharu bagi memastikan perkhidmatan berkualiti dan pengalaman yang selesa serta memuaskan kepada penumpang.
-- BERNAMA-CMG