Am 02/10/2026 02:00 PM

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, naik 0.33 peratus pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.44 mata kepada 1,635.80 daripada 1,630.36 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.51 mata kepada 1,633.87 dan diniagakan antara 1,630.63 dan 1,640.78 pada sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 507 berbanding 499 manakala 494 kaunter tidak berubah, 1,273 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.24 bilion saham bernilai RM1.26 bilion. 

Hong Leong Investment Bank memaklumkan indeks petunjuk pasaran dijangka meneruskan fasa pengukuhan dalam keadaan pelabur mengurangkan risiko berikutan harga minyak dan hasil bon yang tinggi.

Menurutnya, aliran keluar asing yang berterusan, ketegangan AS-Iran yang meningkat dan pandangan Rizab Persekutuan (Fed) yang cenderung kepada kadar faedah tinggi menjadi faktor yang mempengaruhi sentimen pasaran.

“Dari aspek teknikal, paras halangan serta-merta beralih kepada paras 1,667-1,682, diikuti kelompok purata bergerak 1,705-1,720,” menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat sembilan sen kepada RM10.04, Public Bank menambah empat sen kepada RM4.71, Tenaga Nasional naik 16 sen kepada RM13.06, IHH Healthcare menokok 11 sen kepada RM7.81, bagaimanapun CIMB menurun satu sen kepada RM7.68.

Dalam dagangan aktif, Jaks Resources naik setengah sen kepada 18.5 sen, JCY International meningkat 10 sen kepada 65.5 sen, V.S Industry menambah dua sen kepada 29 sen, Top Glove menokok 3.5 sen kepada 77 sen manakala Zetrix AI menurun 2.5 sen kepada 14 sen.

Kaunter paling untung ialah Malaysian Pacific Industries meningkat 84 sen kepada RM41.96, UWC menokok 36 sen kepada RM7.46, United Plantations naik 36 sen kepada RM31.32 serta Vitrox dan UMS Integration, masing-masing menambah 34 sen kepada RM10.34 dan RM8.99.

Kaunter paling rugi termasuklah Kuala Lumpur Kepong menurun 46 sen kepada RM20.96, Enra berkurangan 29 sen kepada 69 sen, Allianz Malaysia merosot 28 sen kepada RM20.72, BLD Plantations menyusut 26 sen kepada RM14.74 dan Dutch Lady Milk Industries menurun 20 sen kepada RM29.80.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 115.75 mata kepada 17,474.73, Indeks FBM Emas menambah 51.08 mata kepada 12,194.61 dan Indeks FBM Top 100 naik 50.09 mata kepada 11,983.24.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 66.45 mata kepada 12,079.46 dan Indeks FBM ACE naik 6.33 mata kepada 5,489.30.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.99 mata kepada 178.72, Indeks Tenaga naik 1.06 mata kepada 836.07, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 55.60 mata kepada 19,116.51 dan Indeks Perladangan menambah 4.58 mata kepada 9,031.15.

-- BERNAMA