Dunia 30/09/2026 03:22 PM

Dua Panda Kelahiran Korea Selatan Akan Dihantar Ke China Pada Disember

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Dua Panda Kelahiran Korea Selatan Akan Dihantar Ke China Pada Disember
Rui Bao dan Hui Bao, yang dilahirkan di Korea Selatan pada 7 Julai 2023, perlu dihantar ke China sebelum mencapai usia empat tahun, apabila panda mula mencapai tahap kematangan untuk membiak. Kredit: Yonhap

YONGIN (Korea Selatan), 30 Sept (Bernama-Yonhap) -- Dua ekor panda yang dilahirkan di sebuah taman tema di Yongin, selatan Seoul akan dihantar ke China pada Disember, lapor Yonhap pada Rabu memetik seorang pegawai taman itu.

China memiliki semua panda, termasuk yang dilahirkan di luar negara dan haiwan berkenaan hanya ditempatkan di negara lain menerusi perjanjian pajakan.

Rui Bao dan Hui Bao, yang dilahirkan di Korea Selatan pada 7 Julai 2023, perlu dihantar ke China sebelum mencapai usia empat tahun, apabila panda mula mencapai tahap kematangan untuk membiak.

Taman tema Everland berkata tarikh perjalanan dan destinasi kedua-dua panda itu akan dimuktamadkan dengan mengambil kira beberapa faktor, termasuk keadaan kesihatan mereka.

Taman itu turut merancang mengadakan program perpisahan untuk para pengunjung.

“Kami berharap orang ramai terus memberikan perhatian dan sokongan kepada permulaan baharu panda kembar ini,” kata seorang pegawai taman itu.

Sebelum ini, Fu Bao, yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, dihantar pulang ke China pada April 2024 sebelum mencapai usia empat tahun.

-- BERNAMA-YONHAP