KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-57, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Menerusi hantaran Facebook, Anwar mendoakan semoga Sultan Muhammad V dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
“Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Daulat Tuanku,” kata beliau.
-- BERNAMA