TOKYO, 29 Sept (Bernama-Kyodo) -- Kawasan tengah Tokyo pada Selasa merekodkan hujan selama 34 hari berturut-turut, tempoh paling panjang pernah direkodkan, menurut agensi cuaca, lapor Kyodo News.
Kawasan itu mengalami kerpasan sejak 27 Ogos ketika beberapa taufan menghampiri kawasan berkenaan. Rekod sebelum ini ialah 33 hari berturut-turut dari 27 Jun hingga 29 Julai 2019.
Jumlah hujan tertinggi sepanjang tempoh itu ialah 156 milimeter yang direkodkan pada 21 Sept.
Hujan dijangka berterusan sehingga sekitar Khamis, sebahagiannya disebabkan oleh perenggan hujan musim luruh.
-- BERNAMA-KYODO