AICHI, 20 Sept (Bernama) -- Harapan Malaysia untuk membuka akaun pingat pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 tercapai selepas atlet karate lelaki, Thevendran Kaliana Sundram, meraih gangsa dalam acara kumite bawah 55 kilogram (kg), hari ini.
Pada aksi penentuan gangsa di Toyohashi Gymnasium, Thevendran tampil dominan apabila menewaskan wakil Nepal, Rakesh Manandhar, 9-1.
Thevendran mengumpul enam mata menerusi Yuko dan satu Ippon untuk memastikan kemenangan, manakala Rakesh hanya berjaya menghasilkan satu Yuko.
Kejayaan itu menyaksikan Thevendran menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya berkenaan.
Berita lanjut menyusul.
-- BERNAMA