Am 19/09/2026 09:01 PM

Turath Perlu Diperkasakan Depani Perubahan Zaman, AI - PM Anwar

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Turath Perlu Diperkasakan Depani Perubahan Zaman, AI - PM Anwar
fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Tradisi turath perlu terus diperkasakan supaya kekal relevan dan menjadi pedoman kepada generasi masa kini serta akan datang, dalam mendepani perubahan dunia termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata turath bukan sekadar warisan ilmu, sebaliknya merupakan akar yang membentuk akidah, pemikiran dan jati diri umat.

“Dalam dunia yang berubah pantas, termasuk perkembangan AI, tradisi turath perlu terus diperkasakan agar kekal relevan dan menjadi pedoman generasi masa kini serta masa hadapan.

“Inilah amanah kita untuk memastikan khazanah ilmu ini terus hidup, berkembang dan menyumbang kepada kekuatan umat,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut memuat naik video berdurasi seminit yang memaparkan suasana Majlis Perasmian Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan bersempena dengan Festival Turath Islami Malaysia 2026, di Putrajaya hari ini.

-- BERNAMA