Dunia 16/09/2026 02:20 PM

Dewan Perwakilan AS Lulus Resolusi Kuasa Perang Iran

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Dewan Perwakilan AS Lulus Resolusi Kuasa Perang Iran
Lelaki mengibarkan bendera Iran dan bendera merah yang memaparkan potret mendiang Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei semasa sambutan jalanan sempena Maulidur Rasul di Tehran, Iran, Ahad, 30 Ogos 2026. Katedral Armenia St. Sarkis berada di latar belakang. (AP Photo/Vahid Salemi)

WASHINGTON, 16 Sept (Bernama-Anadolu) -- Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan resolusi kuasa perang yang mengarahkan Presiden Donald Trump menarik balik tentera AS daripada permusuhan dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dewan itu meluluskan H. Con. Res. 93 melalui undian 220-204.

Tujuh anggota Republikan mengundi menyokong resolusi itu yang dikemukakan oleh anggota Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat, Seth Moulton.

Ini merupakan kali ketiga Dewan Perwakilan meluluskan resolusi kuasa perang yang serupa.

-- BERNAMA-ANADOLU