Dunia 15/09/2026 01:55 PM

Tiga Tumpuan Utama Pelabur Asing Pada CIFTIS 2026

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Tiga Tumpuan Utama Pelabur Asing Pada CIFTIS 2026
Kredit: CMG

BEIJING, 15 Sept (Bernama-CMG) -- Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2026 yang menyaksikan penyertaan lebih 400 syarikat Fortune 500 dan peneraju industri, melabuhkan tirainya di sini pada Ahad. 

Pada edisi kali ini, terdapat tiga tumpuan utama pelabur asing, masing-masing melibatkan peluang dalam bidang inovasi, pelaburan China di luar negara serta peningkatan tahap keterbukaan negara itu.

Pameran itu buat julung kalinya menampilkan ruang pameran khas ‘Perkhidmatan China’, dengan contoh kes berasaskan kecerdasan buatan (AI), model besar dan ejen pintar merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan kes yang dipamerkan.

Sementara itu, zon jerayawara mengenai pelaburan China di luar negara turut diperkenalkan buat pertama kali pada pameran berkenaan.

Selain itu, pelabur asing turut berminat merebut peluang yang wujud susulan peningkatan tahap keterbukaan di China.

“Perluasan akses pasaran dan keterbukaan berteraskan perkhidmatan” yang digariskan dalam Rancangan Lima Tahun Ke-15 China bagi Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan (2026-2030) dilihat oleh pelabur asing sebagai rujukan dan panduan yang meyakinkan.

-- BERNAMA-CMG