KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Jenama teh antarabangsa CHAGEE Malaysia (CHAGEE) memperkenalkan Siri Matcha edisi terhad di seluruh negara menerusi kolaborasi istimewa bersama karya klasik kesayangan ramai, The Little Prince, mulai hari ini.
CHAGEE dalam kenyataan hari ini memaklumkan kolaborasi itu mengetengahkan rangkaian minuman matcha dan barangan eksklusif edisi terhad yang diilhamkan daripada mesej The Little Prince mengenai kesucian, kesederhanaan serta melihat dunia dengan hati yang bersih dan jujur.
Pengurus Besar CHAGEE Malaysia Eason Fang berkata The Little Prince dipilih bagi kolaborasi berkenaan kerana nilai kesederhanaan dan keaslian yang dibawa karya tersebut.
“Kami mahu mengekalkan kelazatan sebenar matcha dan menitikberatkan proses penyediaan bagi menyerlahkan karakter semula jadinya dalam setiap cawan. Penghargaan terhadap kesederhanaan dan keaslian yang sama inilah yang menjadikan The Little Prince sangat sesuai untuk kolaborasi ini.
“Mesejnya untuk melihat dunia dengan hati yang bersih dan jujur amat bertepatan dengan CHAGEE, dan kami berharap kolaborasi ini membawa sedikit kegembiraan dan makna kepada setiap detik yang dikongsi bersama secawan teh,” katanya.
The Little Prince ialah karya Antoine de Saint-Exupéry yang diterbitkan pada 1943 dan telah terjual lebih 300 juta naskhah di seluruh dunia dengan lebih 660 terjemahan rasmi.
Siri Matcha berkenaan antaranya menampilkan Lime Cheese Matcha Latte yang ditawarkan untuk tempoh terhad, menggabungkan matcha, limau dan keju berkrim, selain pilihan Lime Cheese Matcha Latte with Cap, manakala Jasmine Matcha Pure Tea merupakan adunan matcha dan teh hijau jasmin.
Dalam menghasilkan siri berkenaan, CHAGEE memberi perhatian kepada setiap proses daripada pemilihan daun sehingga penyediaan setiap cawan, bermula dengan tuaian musim bunga pertama, iaitu petikan terawal dan paling lembut.
Daun muda itu ditanam di bawah teduhan selama lebih 20 hari sebelum dituai, dengan pendedahan cahaya matahari yang terhad membolehkannya berkembang secara perlahan, sekali gus memekatkan warna hijau serta membentuk rasa yang kaya dan penuh.
Daun tersebut kemudiannya dikisar menjadi serbuk halus bersaiz 1,000 mesh bagi menghasilkan tekstur lembut tanpa rasa kasar atau berpasir, dengan hasil akhir yang bersih, segar dan halus.
Selain rangkaian minuman, kolaborasi itu turut menampilkan barangan eksklusif seperti Little Card, The Crown Headband, The Fox Sleep Mask, Stardust Tote Bag, Green Wonder Tumbler, Stardust Toiletry Bag, Stardust Luggage Tag dan Stardust Tumbler Bundle.
Barangan berkenaan boleh diperoleh menerusi pembelian terus di cawangan CHAGEE atau aplikasi CHAGEE, manakala barangan bertanda (*) hanya boleh didapati menerusi pembelian dalam aplikasi tersebut.
Sementara itu, CHAGEE akan mengadakan Journey of the Heart di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur dari 21 hingga 27 Sept, bermula 10 pagi hingga 10 malam, bagi memberi peluang kepada pengunjung menyelami dunia The Little Prince.
Kemasukan adalah percuma dan pengunjung boleh menyertai tiga aktiviti untuk mendapatkan ganjaran termasuk baucar serta barangan eksklusif, selain mengikuti bengkel DIY menghasilkan cenderamata bertemakan The Little Prince dan mencuba Lime Cheese Matcha Latte baharu di stesen tea tasting.
Siri minuman dan barangan eksklusif edisi terhad itu boleh didapati di semua cawangan CHAGEE mulai 4 Sept 2026.
Setakat Ogos 2026, CHAGEE mempunyai lebih 7,000 cawangan di seluruh dunia dengan ibu pejabat rantau Asia Pasifik (APAC) di Singapura serta rangkaian di Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan Korea.
-- BERNAMA