Am 29/08/2026 10:17 AM

Raja Perlis Terima Menghadap Menteri Ekonomi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Raja Perlis Terima Menghadap Menteri Ekonomi
Kredit Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis

KANGAR, 29 Ogos (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dalam satu majlis yang berlangsung di sini semalam.

Turut berangkat ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Seri Nor Azmie Diron, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Noor Azman Abdul Rahman dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis Saharuddin Sarwan.

Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan itu, antara lain memberi ruang berkongsi pandangan mengenai perkembangan ekonomi semasa serta membincangkan agenda pembangunan Perlis.

“Khususnya dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memperluas peluang pelaburan serta aktiviti ekonomi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa sesi menghadap itu turut menjadi platform memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Negeri Perlis dengan Kementerian Ekonomi, dalam memastikan perancangan serta agenda pembangunan negeri dapat diselaraskan dengan keutamaan pembangunan peringkat Persekutuan.

-- BERNAMA