Am 28/08/2026 03:33 PM

Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM30 Juta Naik Taraf Dua Stolport Di Sarawak

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM30 Juta Naik Taraf Dua Stolport Di Sarawak
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah ditemui pemberita pada Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional di Kompleks UNIFOR, hari ini.

KUCHING, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM30 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Banga dan Ba'kelalan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata setiap kemudahan itu diperuntukkan RM15 juta bagi memastikan STOLport di kawasan luar bandar turut berwajah baharu mengikut keadaan semasa.

“Kita juga bercadang untuk panjangkan landasan lapangan terbang sedia ada supaya kita boleh bawa ramai lagi penumpang, sekarang ini dengan menggunakan pesawat jenis Twin Otter hanya boleh bawa penumpang dalam jumlah kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

-- BERNAMA