ADELAIDE, Australia, 28 Ogos (Bernama) -- Adbri dan The CSL Group (CSL) hari ini meraikan permulaan operasi MV Yampu, kapal pengangkut pukal pemunggahan sendiri dikuasakan oleh bateri pertama di dunia, menandakan pencapaian besar bagi sektor pembuatan Australia, inovasi maritim serta rantaian bekalan berpelepasan rendah.
Dibina khas oleh CSL, kapal sepanjang 125 meter ini akan mengangkut batu kapur dari kuari Klein Point milik Adbri di Semenanjung Yorke, Australia Selatan, ke kilang pembuatan simen syarikat itu di Birkenhead, Adelaide. Ini membantu menjamin bekalan bahan mentah kritikal untuk pengeluaran simen tempatan yang digunakan dalam pembinaan rumah, sekolah, hospital, jalan raya serta projek infrastruktur utama di seluruh Australia Selatan dan Victoria.
Am
28/08/2026 04:53 PM