Am 28/08/2026 10:44 AM

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Jumaat.

Pada 9.18 pagi, kontrak Ogos 2026 dan Disember 2026, masing-masing naik 0.5 mata kepada 1,744.0 dan 1,727.5 dan Mac 2027 meningkat dua mata kepada 1,712.5, bagaimanapun September 2026 menurun 0.5 mata kepada 1,722.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,271 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 49,054 kontrak.

Pada 10.14 pagi, FBM KLCI menurun 4.22 mata kepada 1,736.75 daripada 1,741.72 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA