Dunia 21/08/2026 06:16 PM

VK Saman Apple, Tuntut Aplikasi Dikembalikan Ke App Store

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
VK Saman Apple, Tuntut Aplikasi Dikembalikan Ke App Store
-- REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo

MOSCOW, 21 Ogos (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rangkaian sosial Rusia, VK, pada Jumaat memfailkan saman terhadap Apple di Mahkamah Timbang Tara Moscow dengan menuntut aplikasi syarikat itu dikembalikan ke App Store, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut dokumen mahkamah, VK LLC memfailkan tuntutan terhadap Apple Inc. yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Apple Rus LLC di Rusia serta Apple Distribution International Ltd. yang berpangkalan di Ireland.

Bagaimanapun, perkara dan asas tuntutan itu belum didedahkan dalam dokumen berkenaan.

“Dalam saman itu, VK menuntut Apple mengembalikan aplikasi syarikat ke App Store, memulihkan keupayaan pengguna untuk menerima pemberitahuan daripada aplikasi berkenaan serta membayar penalti sekiranya keputusan mahkamah tidak dipatuhi,” menurut syarikat itu.

VK mendakwa Apple mengalihkan aplikasinya daripada App Store secara sepihak tanpa sebarang notis.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI