KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG atau Kumpulan) hari ini melaporkan prestasi kewangan yang berdaya tahan bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026. Kumpulan mencatat pendapatan yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan yang berterusan serta spread produk yang lebih tinggi, meskipun Kumpulan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan berjadual berskala besar pada suku tersebut telah menjejaskan jumlah pengeluaran dan jualan.
Kumpulan turut mengumumkan dividen interim berjumlah RM480 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.
Sorotan Utama 2Q 2026 berbanding 1Q 2026