Am 18/08/2026 05:03 PM

Konvoi Motosikal Ke Thailand: Patuhi Undang-undang Tempatan - Polis

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Konvoi Motosikal Ke Thailand: Patuhi Undang-undang Tempatan - Polis
Datuk Adzli Abu Shah

SUNGAI PETANI, 18 Ogos (Bernama) -- Penunggang motosikal yang menyertai konvoi di luar negara, khususnya negara jiran, dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang tempatan bagi mengelakkan berdepan tindakan penguatkuasaan.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata penganjur konvoi juga bertanggungjawab memastikan semua peserta dan kenderaan mematuhi peraturan yang ditetapkan sebelum perjalanan dimulakan.

“Jika kita menunggang, apatah lagi di negara luar, yang pertama sekali kita mesti mematuhi undang-undang tempatan. Saya percaya undang-undang mereka tidak jauh beza dengan kita. Dalam konteks bermotosikal, sudah tentu perlu ada lesen, cukai jalan dan penggunaan alat ganti mengikut spesifikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelepasan konvoi Charity Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Superbike's Club (ISBC) sempena sambutan Hari Polis ke-219 dan ambang Merdeka ke-69 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Beliau mengulas dakwaan sekumpulan peserta konvoi motosikal dari Malaysia dikenakan saman oleh pihak berkuasa Thailand atas kesalahan trafik yang tular di media sosial baru-baru ini.

-- BERNAMA