Am 17/08/2026 08:03 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas US Dolar Dan Hasil Perbendaharaan Melemah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas US Dolar Dan Hasil Perbendaharaan Melemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi berikutan kelemahan US dolar dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah.

Pakar strategi global Intel Quintex, Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa harga emas dijangka kekal disokong, dengan dagangan logam berharga kembali melangkaui US$4,400 seaun.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 meningkat kepada US$4,402.50 setiap auns troy berbanding US$4,358.70 setiap auns troy yang dicatatkan pada Jumaat dan September 2026 menokok kepada US$4,418.70 setiap auns troy daripada US$4,374.90 setiap auns troy.

Oktober dan November 2026 kedua-duanya naik kepada US$4,434.50 setiap auns troy daripada US$4,390.6 setiap auns troy, manakala Disember 2026 dan Februari 2027 mengukuh kepada US$4,442.30 setiap auns troy daripada US$4,398.40.

Jumlah dagangan menyusut kepada 132 lot berbanding 267 lot yang disaksikan semasa Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 201 kontrak daripada 339 kontrak.

Pada penetapan tengah hari 14 Ogos 2026 London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,390.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA