Dunia 14/08/2026 06:09 PM

Letusan Gunung Etna: Operasi Lapangan Terbang Catania Sekali Lagi Terganggu

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Letusan Gunung Etna: Operasi Lapangan Terbang Catania Sekali Lagi Terganggu
Penumpang yang terkandas menunggu di terminal susulan penutupan Lapangan Terbang Vincenzo Bellini Catania akibat liputan awan abu daripada letusan Gunung Etna di Sicily, di Catania, Itali, 10 Ogos 2026. Marco Restivo/Etna Walk/via REUTERS

ROM, 14 Ogos (Bernama-dpa) -- Operasi lapangan terbang Catania di pulau Sicily, Itali sekali lagi dihentikan susulan letusan terbaharu Gunung Etna ketika musim percutian, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Tiada ketibaan atau pelepasan dijadualkan sehingga 2 pagi (0000 GMT) pada Sabtu, menurut pengendali lapangan terbang itu lewat Khamis.

Pelancong dinasihatkan supaya tidak pergi ke lapangan terbang tanpa menyemak terlebih dahulu status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan.

Pada Khamis, pengendali lapangan terbang Società Aeroporto Catania (SAC) telah melanjutkan larangan ketibaan sehingga 8 pagi Jumaat.

Operasi bergantung pada aktiviti gunung berapi serta arah angin dan kepekatan abu di udara.

Ratusan penerbangan telah dibatalkan, ditangguhkan atau diubah sejak letusan bermula seminggu lepas.

Menurut SAC, impak ke atas infrastruktur lapangan terbang itu adalah yang paling teruk dalam tempoh 20 tahun.

-- BERNAMA-dpa