Am 13/08/2026 07:22 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing berkurangan 12 mata kepada 1,732.0 serta 1,710.0.

Disember 2026 susut sembilan mata kepada 1,712.5, dan kontrak Mac 2027 berkurangan 10.5 mata kepada 1,695.5.

Jumlah dagangan menurun kepada 6,629 lot berbanding 7,336 lot yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 44,568 kontrak daripada 46,046 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI melemah sebanyak 6.90 mata atau 0.40 peratus, kepada 1,734.71 daripada 1,741.61.

-- BERNAMA