KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 5.23 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 6.1 darjah utara dan 125.9 darjah timur iaitu 97 kilometer (km) Tenggara dari Digos City.
Menurutnya, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 67 km dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA