GUA MUSANG, 10 Ogos (Bernama) -- Seekor gajah ditemukan mati di tepi jalan menuju ke Pos Pulat berhampiran Kampung Rahmat di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Wan Mohd Adib Wan Yusoh yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya menerima aduan mengenai penemuan gajah itu pada 9 pagi tadi sebelum anggota Perhilitan daerah Gua Musang dihantar ke lokasi untuk pemeriksaan.
“Perhilitan sedang menjalankan siasatan mengenai punca gajah berkenaan mati,” katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, bangkai seekor gajah ditemukan di tepi jalan berhampiran tiang elektrik oleh pengguna jalan yang sedang dalam perjalanan ke Projek Pembinaan Hidroelektrik Nenggiri.
-- BERNAMA