Am 05/08/2026 10:56 AM

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal pada Rabu.

Pada 9.27 pagi, kontrak Ogos 2026 meningkat 15 mata kepada 1,747, September 2026 naik 14 mata kepada 1,725, Disember 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,726, manakala Mac 2027 meningkat sembilan mata kepada 1,706.

Jumlah dagangan berjumlah 1,485 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 41,753 kontrak.

Pada 9.47 pagi, FBM KLCI melonjak 10.59 mata kepada 1,743.25 berbanding 1,732.66 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA