KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman dalam persekitaran geopolitik yang tidak menentu.
Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI menokok 3.20 mata kepada 1,728.93 daripada 1,725.73 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka meningkat 0.21 mata kepada 1,725.94 mata dan berubah-ubah antara 1,722.78 mata hingga 1,727.82 mata sepanjang sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 539 berbanding 399 manakala 518 kaunter tidak berubah, 1,280 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.50 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, FBM KLCI akan meneruskan kenaikan hari ini terutama dalam sektor teknologi.
“FBM KLCI meneruskan kenaikan, dengan petunjuk teknikal juga menunjukkan isyarat yang menggalakkan pada masa ini.
"Paras rintangan utama ditetapkan pada 1,740-1,745, dengan paras sokongan diunjur sekitar 1,705-1,710," menurutnya dalam nota penyelidikan.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank rendah lapan sen kepada RM10.70, CIMB Group dan IHH Healthcare masing-masing meningkat empat sen kepada RM8.05 dan RM8.34, Public Bank naik enam sen kepada RM5.26 dan Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM14.46.
Antara saham aktif, NationGate Holdings menambah tujuh sen kepada RM1.30, Zetrix AI meningkat satu sen kepada 73.5 sen, HHRG dan Velesto Energy masing-masing kekal pada 11.5 sen dan 25 sen manakala MR DIY susut sembilan sen kepada RM1.53.
Kaunter paling untung termasuk Malaysian Pacific Industries, yang meningkat RM1.38 sen kepada RM47.40, Kelington Group naik 33 sen kepada RM8.53, Kuala Lumpur Kepong menokok 26 sen kepada RM21.26, Petronas Dagangan menambah 24 sen kepada RM19.68, dan UMS Integration naik 23 sen kepada RM7.69.
Bagi saham paling rugi, Nestle susut RM1.80 kepada RM100.90, United Plantations rendah 16 sen kepada RM34.04, Hong Leong Industries menyusut 16 sen kepada RM17.84, Gas Malaysia berkurangan 11 sen kepada RM5.06, dan Petronas Gas turun 10 sen kepada RM17.36.
Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 80.72 mata kepada 18,191.23 mata, Indeks FBM Emas Syariah naik 27.51 mata kepada 12,584.87 mata manakala Indeks FBM ACE menambah 16.33 mata kepada 4,997.65 mata.
Indeks FBM Emas juga melonjak 34.32 mata kepada 12,786.74 mata dan Indeks FBM Top 100 menokok 31.59 mata kepada 12,616.79 mata.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.43 mata kepada 187.73 mata, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 70.62 mata kepada 20,508.82 mata, Indeks Perladangan naik 44.61 mata kepada 9,349.67 mata manakala Indeks Tenaga meningkat 0.96 mata kepada 764.85 mata.
-- BERNAMA