JOHOR, 31 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan dan Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG Johor) memperkukuh kerjasama strategik bagi mentransformasi urusan pembangunan tanah negeri Johor agar lebih cekap, seragam dan responsif terhadap keperluan rakyat, pelabur serta pihak berkepentingan.
Inisiatif di bawah agenda Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) ini memberi tumpuan kepada penilaian menyeluruh proses Land Coordination Meeting (LCM), iaitu platform penyelarasan antara Pejabat Tanah Daerah, PTG dan jabatan teknikal bagi mempercepatkan ulasan serta keputusan berkaitan permohonan tanah.