Am 31/07/2026 12:59 PM

Anwar Rakam Ucapan Tahniah Sempena Keputeraan Sultan Pahang

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Anwar Rakam Ucapan Tahniah Sempena Keputeraan Sultan Pahang

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah bersempena dengan Hari Keputeraan ke-67 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang agar sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

"Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku," katanya.

-- BERNAMA