Dunia 31/07/2026 11:20 AM

51 Maut, 10 Masih Hilang Dalam Runtuhan Gunung Di Chongqing

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
51 Maut, 10 Masih Hilang Dalam Runtuhan Gunung Di Chongqing
Foto: CNSphoto/REUTERS

CHONGQING, 31 Julai (Bernama-Xinhua) -- Angka kematian dalam kejadian runtuhan gunung di Perbandaran Chongqing, barat daya China meningkat kepada 51 orang, manakala 10 mangsa masih belum ditemukan, lapor Xinhua.

Lebih 1,100 penduduk dipindahkan susulan kejadian itu, manakala tiga daripada 10 mangsa yang diselamatkan dibenarkan keluar dari hospital, menurut pasukan penyelamat.

Bencana yang dicetuskan hujan lebat itu berlaku pada 9.08 pagi, 17 Julai di Hanjia, Daerah Autonomi Pengshui Miao dan Tujia, berhampiran Sungai Wujiang.

Lebih 10 bangunan kediaman tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat di darat telah selesai, namun pencarian di dalam sungai serta kerja pembersihan masih diteruskan.

Usaha turut dijalankan untuk memulihkan laluan pengangkutan dan membolehkan kehidupan penduduk kembali seperti biasa.

-- BERNAMA-XINHUA