Imam Masjid Nabawi Ingatkan Bahaya Ketagihan Skrin, Seru Rekreasi Secara Seimbang
MADINAH, 10 Julai (Bernama-SPA) -- Imam Masjid Nabawi Sheikh Abdulbari Al-Thubaiti mengingatkan orang ramai mengenai bahaya ketagihan penggunaan skrin, sambil menegaskan bahawa penggunaan digital secara berlebihan boleh menyebabkan gangguan mental, kekosongan emosi serta melemahkan hubungan kekeluargaan.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa ketika menyampaikan khutbah Jumaat, Al-Thubaiti turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mengehadkan konsep rekreasi moden kepada penggunaan skrin dan media sosial semata-mata.
Beliau menegaskan bahawa rekreasi adalah harus dalam Islam selagi ia berada dalam batas yang dibenarkan syarak, membantu menyegarkan semula fizikal dan mental tanpa mengabaikan tanggungjawab agama, serta memberi kesan positif terhadap ibadah dan akhlak.
Beliau turut menyeru agar masyarakat mengamalkan pendekatan yang seimbang terhadap rekreasi dengan menggabungkan aktiviti fizikal bersama pengisian rohani dan intelektual.
-- BERNAMA-SPA
Berita terkini
- Piala AFF Wanita: Malayan Tigress Ikat Laos 1-1
- Imam Masjid Nabawi Ingatkan Bahaya Ketagihan Skrin, Seru Rekreasi Secara Seimbang
- Abang Johari Mahu Sibu Jadi Bandar Pintar Rendah Karbon
- Anwar Kesal Serangan Sanusi, Tegas Tidak Pinggir Pembangunan Kedah
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat, Prestasi Eksport Lemah