10/07/2026 09:11 PM

Ibu Tiri Nizam Abu Bakar Titingan Meninggal Dunia Semalam

TAWAU, 10 Julai (Bernama) -- Ibu tiri kepada Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datin Sharah Yeoh Abdullah, 79, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu semalam.

Nizam menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Allahyarhamah, yang dipanggil sebagai Oma, menghembuskan nafas terakhir pada 7.41 malam.

"Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan dipermudah segala urusan persemadian," katanya.

Sharah, yang dilahirkan pada 8 Mac 1947, juga adalah ibu saudara kepada Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datuk Seri Wong Chun Wai.

-- BERNAMA