Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Harga Emas COMEX
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki kelemahan harga emas COMEX berikutan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi.
Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2026 susut kepada US$4,109.30 seauns troy daripada US$4,115.60 pada Khamis.
Kontrak Ogos 2026 susut kepada US$4,129.90 seauns troy berbanding US$4,136.20 sebelumnya, manakala kontrak September 2026 berkurangan kepada US$4,141.70 daripada US$4,149.40.
Bagi kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026, kedua-duanya masing-masing ditutup pada US$4,172.20 seauns troy berbanding US$4,179.90 sebelum ini.
Jumlah dagangan merosot kepada 25 lot daripada 134 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 105 kontrak daripada 204 kontrak.
Sementara itu, harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,130.15 seauns troy berdasarkan penetapan harga sebelah petang oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 9 Julai 2026.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Abang Johari Mahu Sibu Jadi Bandar Pintar Rendah Karbon
- Anwar Kesal Serangan Sanusi, Tegas Tidak Pinggir Pembangunan Kedah
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat, Prestasi Eksport Lemah
- Tentera Israel Larang Mufti Besar Baitulmuqaddis Masuki Masjid Al-Aqsa Selama Seminggu
- Laut China Selatan Mesti Kekal Sebagai Perairan Aman - Marcos