10/07/2026 05:19 PM

CMG Lancar Program Khas ‘Winning With AI+’ Di Geneva

GENEVA, 10 Julai (Bernama-CMG) -- Program khas Winning with AI+ terbitan Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan sempena Sidang Kemuncak Global "AI for Good" 2026 yang berlangsung selama empat hari di Geneva bermula Rabu.

Sidang kemuncak itu dianjurkan bersama oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan beberapa agensi lain di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Program khas CMG itu menampilkan ketua pertubuhan antarabangsa, pakar kecerdasan buatan (AI) serta wakil syarikat teknologi China untuk berkongsi pandangan mengenai pembangunan inovatif, aplikasi AI dan kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan.

Timbalan Pengarah Biro Standardisasi Telekomunikasi ITU, Bilel Jamoussi ketika ditemu bual wartawan CMG berkata China kini berada di hadapan dalam bidang AI.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat menerusi pelbagai penyelesaian yang ditawarkan China kepada dunia termasuk kecerdasan terkandung, aplikasi ejen pintar, chatbot serta interaksi dengan model bahasa besar (LLM).

-- BERNAMA-CMG