10/07/2026 03:13 PM

Angka Korban Ebola Di Dr Congo Meningkat Kepada 625 Orang

MOSCOW, 10 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Angka kematian akibat wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo) meningkat kepada 625 orang, menurut Kementerian Komunikasi dan Media negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Terdapat 1,792 kes yang disahkan dan 625 kematian," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian Komunikasi dan Media turut memaklumkan bahawa bilangan pesakit yang sembuh meningkat kepada 295 orang.

Pada masa sama, Menteri Kesihatan DR Congo, Roger Kamba berkata kerajaan telah menambah wilayah Tshopo dan Haut-Uele dalam senarai wilayah yang terjejas secara rasmi akibat wabak Ebola.

Menurut beliau, dua kes telah dikenal pasti di setiap wilayah berkenaan.

-- BERNAMA-Sputnik/RIA Novosti