10/07/2026 12:02 PM
Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri, Labuan Hingga 2 Petang
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 2 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perak (Kerian, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor).
Cuaca sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka (Alor Gajah dan Jasin) dan Johor (Kota Tinggi).
Sementara itu di Sabah, kawasan yang diramal terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: JPJ Diarah Saman Individu Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
- Pelarasan Terhadap OPR Bergantung Pada Data - Gabenor
- Ulang Tahun Ke-10, YSIJ Lengkapkan Misi Agihan 2,000 Bakul Makanan
- PRN Johor: Salur Aduan Bahan Kempen Dalam Talian Kepada MCMC - SPR
- Universiti Sunway Kutip RM4,880 Untuk Persatuan Orang Buta Menerusi Inisiatif Kutipan Dana Di Kampus