Tentera AS Bantu Lebih 800 Kapal Melalui Selat Hormuz Sejak Mei - CENTCOM
WASHINGTON, 10 Julai (Bernama-Anadolu) -- Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berkata pasukannya membantu memastikan laluan selamat lebih 800 kapal dagang yang melalui Selat Hormuz sejak awal Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Sejak awal Mei, pasukan AS membantu melancarkan perjalanan lebih 800 kapal dagang serta penghantaran 380 juta tong minyak mentah melalui laluan perdagangan antarabangsa yang penting itu,” menurut Komando Pusat AS (CENTCOM) menerusi hantaran di platform media sosial X milik AS.
Perkembangan itu berlaku ketika gencatan senjata yang rapuh antara AS dan Iran berdepan tekanan baharu.
Meskipun keadaan tidak menentu, pergerakan kapal melalui laluan perairan berkenaan terus berlangsung.
Iran dan AS saling melancarkan serangan sejak dua hari lepas susulan peningkatan ketegangan.
Iran pada Khamis melancarkan beberapa serangan ke atas infrastruktur ketenteraan AS di Bahrain, Kuwait, Qatar dan Jordan sebagai tindakan balas terhadap serangan AS untuk hari kedua berturut-turut.
-- BERNAMA-ANADOLU
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: JPJ Diarah Saman Individu Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
- Pelarasan Terhadap OPR Bergantung Pada Data - Gabenor
- Ulang Tahun Ke-10, YSIJ Lengkapkan Misi Agihan 2,000 Bakul Makanan
- PRN Johor: Salur Aduan Bahan Kempen Dalam Talian Kepada MCMC - SPR
- Universiti Sunway Kutip RM4,880 Untuk Persatuan Orang Buta Menerusi Inisiatif Kutipan Dana Di Kampus