PM Anwar Luang Masa Bertemu Pakcik Beca Di Senggarang
BATU PAHAT, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa bertemu sepasang suami isteri warga emas yang sebelum ini tular menaiki beca untuk bertemu beliau ketika singgah bersarapan di sebuah kedai makan di Senggarang di sini pada Ahad lepas.
Beliau bertemu dengan Abdul Razak Pelangga, 86, dan isterinya, Jamilah Samsudin, 64, ketika hadir pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Senggarang hari ini.
Perdana Menteri sempat bergurau dengan Abdul Razak mengenai keupayaan warga emas itu mengayuh beca sebelum mengucapkan terima kasih kepada pasangan berkenaan atas sokongan yang diberikan.
Hadir sama pada program itu Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi.
Turut hadir calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang Onn Abu Bakar, DUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar dan DUN Penggaram Felicia Poh Rui Ling.
Sebelum ini, Bernama melaporkan kegigihan Abdul Razak mengayuh beca hampir satu kilometer bagi menunaikan hajat isterinya untuk melihat dengan lebih dekat Perdana Menteri, yang singgah bersarapan di Senggarang pada Ahad lepas.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan berlangsung pada Sabtu ini manakala proses undi awal telah diadakan pada Selasa lepas.
Bagi mendapatkan berita terkini PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- MBSB IB Semak Naik Unjur KDNK, Jangka OPR Kekal Pada 2.75 Peratus
- Anwar Jelajah Lima Lokasi Esok, Tekad Menangkan Calon PH Di Johor
- “Saya Tidak Beli Kereta BMW Baharu”- PM Anwar
- Thailand, Malaysia Setuju Perkukuh Keselamatan Sempadan, Banteras Jenayah Rentas Sempadan
- Filipina Anjur Mesyuarat Menteri Luar ASEAN, Rundingan Myanmar Julai Ini