Sentimen Negeri, Kaum Dan Agama Boleh Gugat Keselamatan Negara, Tangani Secara Berhemah - PM
PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan sentimen berasaskan negeri, kaum dan agama yang disifatkan beliau berpotensi mengancam keharmonian serta keselamatan negara sekiranya tidak ditangani secara berhemah.
Justeru, beliau berkata masyarakat tidak seharusnya terperangkap dengan polemik lama atau sentimen berkenaan yang bersifat memecah-belahkan kerana negara kini berdepan cabaran keselamatan baharu yang lebih kompleks termasuk ancaman teknologi dan digital.
"Saya selalu sindir kawan-kawan pada perbahasan di Parlimen, kadang-kadang (berkaitan) isu-isu lama... isu kaum, isu agama, isu sentimen daerah dan negeri.
"… ini isu-isu besar yang mengancam negara..., ia (isu itu) tidak menjadi suatu hal yang patut diberikan penekanan... itu bagi saya membimbangkan,” katanya ketika berucap merasmikan Bulan Kebangsaan Negara 2026 anjuran Majlis Keselamatan Negara di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kepimpinan di setiap jabatan, agensi dan kementerian perlu bertindak lebih proaktif serta tidak menunggu perubahan naratif sebelum mengambil tindakan bagi mendepani ancaman keselamatan yang semakin kompleks.
"Ini peranan saudara... kepimpinan di jabatan, di agensi, di kementerian... ini bukan urusan birokratik biasa, dia mesti cepat menangkap (dan) faham teknologi baharu dan cabaran-cabaran baharu," katanya.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- “Saya Tidak Beli Kereta BMW Baharu”- PM Anwar
- Thailand, Malaysia Setuju Perkukuh Keselamatan Sempadan, Banteras Jenayah Rentas Sempadan
- Filipina Anjur Mesyuarat Menteri Luar ASEAN, Rundingan Myanmar Julai Ini
- Legasi Maturidi Kekal Penting Dalam Menangani Fahaman Mazhab, Ekstremisme - Zulkifli
- TDM Laksana Eksesais KERIS STRIKE Di Kota Belud Esok