Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lapan Negeri Hingga 7 Malam
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga 7 malam ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri yang terlibat ialah Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).
Keadaan sama dijangka melanda Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron).
Di Selangor, kawasan terjejas ialah Hulu Selangor manakala di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.
Sementara itu di Sabah, kawasan yang diramal terjejas ialah Kudat (Kudat).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- RHB Investment Bank Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPI 2026 Pada 4.9 Peratus
- NSM: Malaysia Perlu Ambil Tindakan Undang-undang, Diplomatik Terhadap Norway - Ahmad Zahid
- Kerajaan Kaji Hukuman Lebih Berat Kes Pencemaran Marin
- Prestasi Kerja Meningkat Selepas Laksana Aturan Kerja Fleksibel - KESUMA
- Sukarelawan Orang Asli Terlibat Sar Jaslinda Terima Sijil Penghargaan JBPM Perak