Malaysia, Thailand Percepat Projek Sempadan, Sasar Perdagangan Bilateral USD30 Bilion Menjelang 2027
PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pelaksanaan beberapa projek kesalinghubungan sempadan, meneruskan pembangunan zon ekonomi khas sempadan serta mempermudah urusan imigresen dan kastam, bagi memperkukuh kerjasama dua hala serta mencapai sasaran perdagangan bilateral sebanyak USD30 bilion menjelang 2027.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat bilateral beliau dengan Perdana Menteri Thailand, hari ini berlangsung secara substantif dan membuahkan hasil, dengan kedua-dua pemimpin membincangkan usaha menyelesaikan isu-isu tertunggak serta mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor.
“Malaysia dan Thailand ialah negara berjiran yang penting. Dari segi sejarah, budaya, ekonomi, perdagangan dan pelaburan, kita menyedari masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperkukuh kerjasama ini dalam semua bidang,” kata beliau pada sidang media bersama-sama Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, di sini hari ini.
Anwar berkata kedua-dua pihak telah mencapai beberapa persetujuan menjelang lawatan mereka ke Bukit Kayu Hitam dan Sadao esok, sambil menyifatkan program itu sebagai sesuatu yang unik kerana tidak hanya tertumpu di ibu negara, sebaliknya turut melibatkan kawasan sempadan.
Beliau berkata lawatan itu mencerminkan komitmen peribadi Perdana Menteri Thailand untuk terus memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Berita lanjut menyusul
-- BERNAMA
Berita terkini
- RHB Investment Bank Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPI 2026 Pada 4.9 Peratus
- NSM: Malaysia Perlu Ambil Tindakan Undang-undang, Diplomatik Terhadap Norway - Ahmad Zahid
- Kerajaan Kaji Hukuman Lebih Berat Kes Pencemaran Marin
- Prestasi Kerja Meningkat Selepas Laksana Aturan Kerja Fleksibel - KESUMA
- Sukarelawan Orang Asli Terlibat Sar Jaslinda Terima Sijil Penghargaan JBPM Perak