08/07/2026 11:21 PM

Trump Beri Amaran AS Mungkin Serang Iran Lagi Pada Rabu Malam

WASHINGTON, 8 Julai (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran bahawa negaranya "berkemungkinan" melancarkan satu lagi serangan ke atas Iran pada Rabu malam, susulan serangan tentera AS terhadap Tehran selepas serangan ke atas kapal di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami telah menyerang mereka dengan sangat hebat malam tadi, sangat, sangat hebat. Kami mungkin akan menyerang mereka dengan lebih hebat lagi malam ini. Saya akan berikan sedikit amaran. Kami akan menyerangnya dengan hebat malam ini," kata Trump ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Ankara.

Terdahulu, Trump berkata memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan Iran bagi menamatkan konflik antara kedua-dua negara "sudah berakhir".

"Ia satu soalan yang sangat menarik bagi saya. Saya fikir ia sudah berakhir," katanya ketika ditanya sama ada MoU itu sudah tidak lagi berkuat kuasa.

-- BERNAMA-ANADOLU