08/07/2026 06:50 PM
Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Hingga 9 Malam
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar dan Kinta), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis dan Jerantut) dan Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Keadaan sama turut diramalkan di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Samarahan, Sibu (Kanowit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang (Lawas).
Bagi Sabah, cuaca itu dijangka melanda Pedalaman (Sipitang) serta Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Saintis Wanita Perlu Diperkasa Tangani Cabaran Iklim, Keterjaminan Makanan
- Infomina Peroleh Kontrak JPJ RM21.12 Juta Untuk Perkhidmatan Sokongan Infrastruktur ICT
- Legasi Hadis Tawar Rangka Tindakan Perangi Salah Maklumat - KP IKIM
- Polis Kesan Suspek Kes Gaduh Di Kafe Bandar Sunway
- Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah