Enam Tekong Darat Termasuk Warga Thailand Didakwa Seludup Migran Di Machang
Oleh Mohd Noor Iqram Rosli
KOTA BHARU, 8 Julai (Bernama) -- Enam tekong darat termasuk seorang lelaki Thailand didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup migran warga Bangladesh, bulan lepas.
Mereka ialah warga Thailand Muhamad Amirul Aileh, 30; Muhammad Arif Abd Halim, 22; Mohamad Hazran Mohd Daud, 34; Mohd Shamsuri Yusoff, 45; Norazalina Mohamad, 40 dan Nur Aliya Natasya Abdul Rahman, 20 tahun.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Nik Muhamad kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kesemua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menjalankan aktiviti penyeludupan 10 migran Bangladesh di sebuah rumah Taman Desa Mas, Kampung Sungai Mas, Machang pada 8 pagi 11 Jun.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Kamilah Che Ibrahim dan hanya Norazalina diwakili peguam Ahmad Nurie Abd Rahman pada prosiding itu.
Mahkamah menetapkan 26 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- IHW 2026: Jana Peluang Pasaran, Promosi Malaysia
- Malaysia Sasar xEV Kuasai 20 Peratus Jualan Kenderaan Baharu Menjelang 2030 - MITI
- Pulau Pinang Sasar Pasaran India Menerusi Misi Jualan Di Tujuh Bandar
- Program Halal Home Grown Champion Jana Potensi Jualan RM187.91 Juta Pada 2024 - 2026
- Projek Tapak Perkuburan Islam Hulu Semenyih Dirancang Sejak 2005 - Hannah