Kapal Kargo Diserang Di Perairan Laut Merah Yaman
ADEN (Yaman), 5 Julai (Bernama-Xinhua) -- Sebuah kapal kargo diserang oleh penyerang bersenjata yang tidak dikenali di luar pantai Laut Merah Yaman pada Ahad, sekali gus mencetuskan amaran kecemasan, menurut Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO), lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X, UKMTO memaklumkan bahawa ia telah menerima laporan mengenai insiden itu yang berlaku kira-kira 30 batu nautika di barat daya bandar pelabuhan Hodeidah.
UKMTO menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan dan tidak memberikan butiran segera mengenai penyerang, kemalangan jiwa atau kerosakan pada kapal tersebut.
Ia turut menasihatkan kapal yang transit di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
Insiden terbaharu itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan keselamatan yang berterusan di Laut Merah dan Teluk Aden, menyaksikan kapal komersial menghadapi siri serangan, cubaan menaiki kapal, serta insiden berkaitan pelanunan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
-- BERNAMA-XINHUA
Kata kunci
Berita terkini
- SSMP Pertahan Kejuaraan Ragbi MCKK Premier 7s
- PRN Johor: Lili Optimis Penerimaan Pengundi, Kesal Bahan Kempen Disabotaj
- Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil
- Wanita Cedera Tersepit Di Bawah Kereta Yang Bergerak Sendiri
- Persatuan Tahanan Palestin Bimbang Keadaan Pengarah Hospital Gaza Yang Ditahan