Lapan Cedera Dalam Tembakan Semasa Sambutan Hari Kemerdekaan AS
MOSCOW, 5 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Lapan orang, termasuk empat kanak-kanak, cedera dalam satu insiden tembakan di Brooklyn, New York semasa sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS), menurut akhbar The New York Post pada Ahad yang memetik data polis dan satu sumber, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Terdahulu, akhbar itu melaporkan bahawa lima orang, termasuk dua kanak-kanak, cedera dalam insiden berkenaan di New York.
Menurut laporan itu, kejadian tembakan berlaku ketika orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Kemerdekaan AS. Mangsa yang cedera berusia antara enam hingga 33 tahun. Keadaan tujuh daripada mangsa dilaporkan stabil, manakala seorang wanita berusia 21 tahun masih dalam keadaan kritikal.
Motif kejadian masih belum diketahui dan polis sedang meneruskan siasatan terhadap insiden itu, menurut akhbar berkenaan.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Kata kunci
Berita terkini
- SSMP Pertahan Kejuaraan Ragbi MCKK Premier 7s
- PRN Johor: Lili Optimis Penerimaan Pengundi, Kesal Bahan Kempen Disabotaj
- Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil
- Wanita Cedera Tersepit Di Bawah Kereta Yang Bergerak Sendiri
- Persatuan Tahanan Palestin Bimbang Keadaan Pengarah Hospital Gaza Yang Ditahan